JAKARTA: Gunung Semeru di daerah Malang dan Lumajang di wilayah Jawa Timur meletus pada 7.30 pagi Selasa (waktu tempatan) dan memuntahkan abu sejauh kira-kira satu kilometer ke udara dari atas kawah, lapor Agensi Berita ANTARA.
Pegawai di pos pemantauan Gunung Semeru Ghufron Alwi berkata gunung berapi tertinggi di Pulau Jawa itu memuntahkan abu menghala ke timur laut.
“Letusan itu dirakam menggunakan seismograf dengan amplitud maksimum 23 milimeter selama 120 saat,” katanya memetik laporan yang diterima pada Selasa.
Sementara itu, Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bencana Geologi (PVMBG) menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan aktiviti di kawasan berdekatan dan tidak berada dalam radius lima kilometer dari gunung berkenaan.
Orang ramai juga perlu waspada terhadap kemungkinan aliran lava di sepanjang sungai atau lembah, terutama di sekitar Besuk Kobokan, Besuk Bang, Besuk Kembar dan Besuk Sat.
Gunung Semeru dipantau secara visual dan menggunakan peralatan dari dua pos pemantauan gunung berapi di Desa Sumber Wuluh, Kecamatan Candipuro, Kabupaten Lumajang, dan di Desa Argosuko, Kecamatan Ampelgading, Kabupaten Malang.
Tahap aktiviti Gunung Semeru kini berada pada Tahap III atau Tahap Amaran sejak 16 Disember 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 06 2024
Tahap aktiviti Gunung Semeru kini berada pada Tahap III atau Tahap Amaran sejak 16 Disember 2021. - Foto Reuters
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
Agong terima menghadap Panglima Tentera Udara, Laut
Sultan Ibrahim turut berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan TUDM dan TLDM.
Akaun Fleksibel: Memahami impak, jangkaan selepas pengeluaran
Pengenalan akaun 3 oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menawarkan kelonggaran kepada pencarum untuk mengeluarkan sebahagian daripada tabungan dalam kadar tertentu bagi tujuan perbelanjaan kecemasan atau saat-saat diperlukan.
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Gunung Semeru meletus muntahkan abu sejauh satu kilometer
Gunung Semeru di daerah Malang dan Lumajang di wilayah Jawa Timur meletus pada 7.30 pagi Selasa (waktu tempatan).
Indonesia: Gunung Semeru meletus, muntahkan abu panas
Gunung Semeru yang terletak di wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus sebanyak 16 kali pada Rabu dan menghamburkan abu panas sejauh dua kilometer, menurut Pos Pemantauan Gunung Berapi Semeru.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Letusan Gunung Semeru: 13 penduduk terkorban, ribuan hilang tempat tinggal
Letusan turut menyebabkan 98 lagi cedera termasuk dua wanita yang sedang mengandung, selepas abu menyeliputi kampung mereka.
Gunung Semeru di Jawa Timur meletus, muntahkan lava
Gunung berapi aktif di Indonesia, Semeru yang terletak di Kabupaten Lumajang, Jawa Timur meletus hari ini dengan mengalirkan lahar panas sejauh 500 hingga 800 meter.
Gunung berapi tertinggi di Pulau Jawa meletus
Gunung Semeru di Jawa Timur, gunung berapi tertinggi di Pulau Jawa, Indonesia meletus hari ini dengan mengeluarkan asap setinggi 4.5km.